Thursday, May 24, 2012

Lubuk Tedung the repeat 2012

TRIP KALI NI

Jumaat minggu lepas , seperti yang dirancang aku camping ke tempat feveret aku , Lubuk Tedung . kat belakang Zoo je . tempat ni mmg rare dan tak ramai org . dan tempat ni sgt cantik dgn air yg bersih dan dapat menembak ikan pagi petang siang malam .

Kami bertolak lewat dari city campus sbb nak nyusun barang . disebabkan ada diantara kitorang yang bawak beg kecik dan juga ada yang selfish tak nak bawak barang banyak2 , yang mana sanggup tu je la yang bawak . dan of coz la aku jadi tanker lagi . barang2 lebih sume aku angkat . tapi bila sampai kat Zoo , Meded(guider dan founder port kat lubuk tedung ni) settlekan masalah barang ni . dia bahagikan .

kalau diikutkan kami bertolak tu dah pagi , kul 12.15am . layankan je la . tak le takut sgt sbb ramai kan . trip kali ni agak laju la banding dgn trip sebelum ni . amik masa lebih kurang 3 jam setengah je . blik lak amik masa 2 jam setengah  .


ikan fresh

Aktiviti mcm biasa la , aku mmg berendam je la kat dalam air tu , sejuk dan segar . malam lak diorang gi menembak ikan . Maded dah siap buat tempat nak salai ikan . mmg terbaik la . pastu entah camana anak buah si maded (buncai) leh la main gelonsor2 kat air deras . dah jadik satu permainan baru lak kat situ .

trip kali ni tak ramai , sbb ramai cancel last minit . tp enjoy gak la . yang tak dapat g tu padan muke . trip lagi sekali tahun depan la . sebenarnya aku nak wat trip untuk 1st batch kami yang masuk dulu . tapi masing2 ada hal . mungkin lain kali kot . pas ni plan nak ke mana lak . hihi

notamalas : aku sebenarnya dah ngantuk dan malas nak naip , tp layankan jela .

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru . .


SELAMAT HARI GURU MY DEAR

Hari guru tiada apa yang terlintas dalam kepala hotak aku selain budak kenit ni . sekenit2 dia ni semangat dia kuat . impian dia besar dan tak mudah putus asa . aku suka dia . =)

kami mulai rapat lepas orientasi asrama 2000 klo tak silap aku . dan kami pernah dipaksa berduet lagu Janji Padamu-exist di check point Orientasi tu walaupun masa tu aku tak hapal , dia bantu aku ingatkan . Kitorang rajin berbalas2 surat , aku tak ingat ada berapa puluh tapi aku masih lagi simpan . Masa sekolah aku berusaha keras usha dia , malangnya dia nak fokus pada study  . kawan je la .=)

Kalau diikutkan masa , dah dekat 12 tahun kami berkawan . Dia dah berjaya dalam kerjaya dia . dah jadi cikgu dah pun . kami pun dah setuju yg kami sememangnya lebih elok jadi kawan + dia pun suka lawan cakap aku . semestinya akan jadi isteri derhaka kalau kawen nanti . so ada baiknya berkawan kan . 

Wahai cikgu yang cantik dan cute , kebelakangan ni bnyak perkara yang menimpa kau . maaf kerana tak dapat ada bila kau perlukan somebody . i wish i am doraemon . ada pintu sukahati . . . . terima kasih atas sokongan dan perhatian sepanjang kita berkawan sehingga aku jadi apa yang aku sekarang . aku doakan kejayaan akan mengiringi kau dan Rahmat Allah dikurniakan pada kau . Semoga menjadi Contoh yang terbaik dalam mendidik anak-anak kau . Tiada apa yang aku harapkan selain yang terindah untuk kau . Semoga persahabatan kita kekal ke anak cucu . 



p/s : terasa nak ajak kau dating kat rock garden sambil makan mee goreng setiap kali tengok kau pakai baju sekolah =p

Friday, April 27, 2012


Baru-baru ni aku terima sms dari kawan aku yang jauh di mata . dari apa yang aku faham , dia in the middle masalah yang agak besar . berkenaan dengan kerja dia . dan yang paling berat dia dituduh ada affair dgn  bos dia . okeh , and that is the problem .

aku macam biasa menjalani hari2 yang sibuk , tapi jauh di sudut hati aku sedih , sbb aku tak dapat ada dekat dgn dia saat dia amat memerlukan seseorang . aku sure dia amat2 perlukan seseorang . walaupun hakikatnya aku pun tak tau apa yang akan aku lakukan kalau aku ada di sana , at least mungkin aku leh hiburkan  , tenangkan or bagi beberapa cadangan yang bernas . sampai sekarang aku tunggu dia cerita perkara yang sebenar pada aku . entah macamana hari2 dia tu .


dear , kalau boleh dikongsi beban yang kau tanggung tu , mahu saja ku berikan bahu ini . kalau boleh diberi semua beban itu pun tak apa . kerana kau dah terlampau banyak menanggung beban di hatimu . dulu masa aku kita masih mentah dan lemah , hampir semua perkara kita kongsi bersama . sekarang bila kita ada daya kita dipisah dengan jarak dan masa . doa aku sentiasa mengiringi kau . aku tetap ada di belakang kau biarpun tiada yang lain . i always be ur brother bear .



Tuesday, April 24, 2012

DEMAM .

dah dekat 4 hari aku demam  . kejap kurang kejap tambah balik . selalunya kalau aku demam makan masa seminggu , tak kesah la makan ubat apa pon . aku teringin nak rehat , tp dlam minggu ni je ada xtvt keusahawanan start esok sampai lah sabtu . tido lak skang ni tak menentu , selalunya lambat la . masa tidur lak makin kurang .

aku tak suka demam , sbb kalau demam semua benda aku takleh buat .

Sunday, April 22, 2012

The Forgotten Story : Selipar

Masa dekat asrama dulu , selipar jepun mmg sgt la femes . sesiapa yang takde selipar jepun dianggap outdated dan poyo . hahahaha . selipar jepun dianggap sebagai alas kaki yang utama sebelum kasut . selipar jepun yg biasa digunakan oleh budak2 APS ni ada 2 jenis , jenama tat sing dan satu lagi aku tak ingat . jenama tat sing mahal sikit dalam rm2.50 berbanding yang satu lagi ni jenama ape entah aku lupe cuma rm1.50 . tapi ada juga
yang kaya2 tu pakai sandal . wuuyoo..tp klo ilang tak berbaloi la kan..kan . .

tp bukan itu yg aku nak cerita . =)

aku nak cerita dulu masa aku tingkatan 1 , aku sudah tangkap cintan sama senior pompuan aku . sebabnye , dia layan aku sgtlah elok dan sgtlah lemah lembut . setiap kali aku jumpe dia aku mesti ajak dia berborak . dia lak rajin melayan aku . punyalah syok aku dgn senior ni sampai lah aku ukir nama dia ( conteng sebenarnya) atas selipar jenis tat sing . (selipar tat sing ni korang leh tanggalkan plastik yg melekat kat atas dia lepas toreh dgn pisau . dak asrama je tau skill ni ) lepas siap je aku pon terfikir , ni dah kira aku pijak dia ni sbb selipar kan pakai kat kaki . baik aku letak nama senior2 lelaki yg kuat membuli tu . ahh , nak wat camana . itu je selipar tat sing yang aku ada . hahaha .

ramai org tegur aku , ni apebenda nama ko letak ni , semua org tak dapat baca apa yg aku buat kat selipar tu sbb aku gunakan singkatan je . hasilnya agak memuaskan bile aku dapat pakai selipar tu agak lama sbb takde org nak rembat ,  mungkin sbb tulisannya yg agak annoying tu . =)

Friday, April 20, 2012

The forgotten story : Pokok Kaktus


Masa zaman Asrama Pusat Segamat dulu , kat belakang toilet ada pokok kaktus . pokok kaktus tu hidup subur . mungkin makanan dia taik-taik budak2 asrama tu kan . hahahaha... . Asalnya pokok tu tak femes pon , tp disebabkan tak tau la siapa yang mula dulu menconteng nama-nama sendiri , yang couple tu sibuk la ukir nama dia dgn couple dia , sweet la kononnye . bontot aku la sweet . haha . akhirnya hampir kesemua daun2 kaktus tu jahanam dikerjakan dak2 asrama ni . ada jugak yang menunggu giliran tunggu daun baru tumbuh , belum sempat matang daun tu dah ditulis . 

pada masa tu , kalau tak dapat nak couple tu tulis nama kat daun tu kira macam wish list la kan . tak tau la hidup lagi ke tidak pokok tu.  =)

Wednesday, April 18, 2012

The forgotten story : Curi stokin


ini kisah masa aku masih lagi berhingus dan aktif menulis surat cinta menggunakan test pad yg aku beli dari pekan jabi ( pekan cina yg dekat dgn asrama) . dekat asrama boleh dikatakan apa sahaja daripada kapur kasut sampai lah kasut , dari benang jahit baju sampai lah baju dan sebagainya mempunyai risoko untuk ilang  sbb kaki sapu bnyak .

nak dijadikan cerita hangat ye tuan-tuan dan puan-puan , stokin aku ilang . walaupun itu perkara normal tp bagi aku itu tidak normal sbb tu je la stokin yg aku ada . si penyamun stokin pulak tak peduli stokin tu bau paeng sekali pun , janji tak kena saman masa spot check kat sekolah nanti . tapi ... takkan aku lak yg kena saman nanti . tak berduit aku .

aku harus memikirkan langkah bijak dan kreatif agar aku tak disaman nanti . walaupun saman setakat 50 sen je tapi harus diingat , 50 sen dapat tempe kot . tak boleh jadi ni . bas dah tunggu , budak2 semua dah berlari2 ke arah bas takut ditinggal nanti . aku mencari-cari juga mana2 stokin mana tau ada rezeki , aku lak merembat kan . tp yg aku jumpa cuma sebelah je stokin . takkan aku nak pakai sebelah je , nanti dia nak tnggok dua2 belah kantoi lak . ok takpe , aku kuarkan gunting , aku gunting hujung stokin tu , lepas tu aku bahagi dua stokin tu . nah , sekarang aku dah sepasang stokin yg cuma mampu menampung dari tumit ke buku lali sahaja , jari aku dibiarkan bogel . hahahaha .

hasilnya , aku lulus dengan cemerlang apabila tidak ditahan pengawas walaupun mereka agak ragu-ragu dengan rekabentuk stokin tu . ye la , dah kena potong kan , mana ada grip lagi . apapun , cara ini telah diguna pakai oleh kawan2 yg lain dan ternyata berkesan . dan yang paling penting untuk pengetahuan umum , kalau nampak budak2 pakai stokin mcm ni , sah la dia dak asrama . sbb kat umah mana ada curik2 stokin . hahahahaha